Mangsa rumah roboh terima bantuan

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN,19 Mei – Di atas dasar pemedulian kerajaan dalam membantu meringankan beban penderitaan yang ditanggung oleh mangsa bencana kebakaran, satu majlis penyampaian bantuan kewangan kerajaan telah diadakan pagi tadi di Bilik Kunjungan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS).

Bantuan kewangan kerajaan tersebut telah disampaikan oleh Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof selaku pemangku Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan kepada Dayang Norlela binti Haji Majenis, mangsa bencana rumah roboh di Rancangan Perumahan Negara Kampung Mengkubau  pada 12 April lalu.

Turut hadir ialah , Timbalan Setiausaha Tetap (Kebeliaan dan Kesukanan) di KKBS, Kolonel (B) Pengiran Haji Maiddin bin Pengiran Haji Said; Pemangku Setiausaha Tetap (Kemasyarakatan) di KKBS, Dayang Saidah binti Haji Wahid @ Burut; Pemangku Pengarah Pentadbiran dan Kewangan, Pengiran Haji Rosli bin Pengiran Haji Alus dan Pemangku Pengarah Pembangunan Masyarakat Dayang Rostinah binti Pehin Orang Kaya Seri Sura Pahlawan Dato Paduka Haji Mohd Tahir, serta pegawai-pegawai kanan dari kementerian berkenaan dan Jabatan Pembangunan Masyarakat.

Bantuan kerajaan yang dihulurkan ini diharapkan sedikit sebanyak akan dapat membantu meringankan kesusahan yang dialami oleh para mangsa dan keluarga mereka untuk meneruskan kehidupan seperti sedia kala.

Yang Berhormat Menteri Pertahanan Kedua ketika menyerahkan sumbangan kepada Dayang Norlela. – Gambar oleh KKBS