Thursday, April 25, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Mangsa sesat ditemui selamat

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 JUN – Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) menyarankan orang ramai supaya sentiasa membawa jurupandu yang berpengalaman untuk masuk ke kawasan hutan serta tidak mendaki bukit secara berseorangan kerana ditakuti berlaku perkara yang tidak diingini dan untuk memaklumkan keluarga atau kawan di mana tempat mereka hendak tuju.

    Saranan itu dibuat dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh JBP, di sini, setelah anggota JBP berjaya membawa keluar seorang mangsa yang tersesat di Taman Rekreasi Bukit Shahbandar, Jerudong pada 7 Jun lalu.

    Kenyataan menyatakan bahawa pada pukul 6:40 petang, empat orang anggota dari Balai Bomba Jerudong yang diketuai oleh ASO Isa bin Haji Ahad dan lima orang anggota dari Skuad Khas Balai Bomba Rimba yang diketuai oleh ABK 127 Kamaluddin bin Sa’af dikejarkan ke taman rekreasi berkenaan.

    Anggota bomba dan penyelamat segera membuat pencarian melalui maklumat yang telah diberikan oleh mangsa bersama sepasukan pendaki bukit sukarelawan yang diketuai oleh Pengiran Mohd Jefri bin Pengiran Haji Aliuddin. Setelah 3 jam pencarian, tidak ada tanda-tanda mangsa dijumpai dan Pasukan Polis RUC seramai lima orang hadir dan terus membuat pencarian.

    Seterusnya, pasukan pendaki bukit sukarelawan telah menukar lokasi pencarian, melalui dari Taman Agro Teknologi, Kampung Tungku. Pada pukul 11:51 malam, pasukan pendaki bukit sukarelawan menemui mangsa lebih kurang 1.8 kilometer dari tempat letak kereta kebun di Taman Agro Teknologi berkenaan dalam keadaan selamat tanpa sebarang kecederaan.

    JBP dalam kenyataan itu lagi, menyarankan orang ramai yang melakukan riadah mendaki bukit supaya membawa bersama wisel, lampu, telefon bimbit dan air bagi keperluan jika berlaku kecemasan.

    Mangsa yang sesat di Taman Rekreasi Bukit Shahbandar, Jerudong, berjaya ditemui oleh sepasukan pendaki bukit sukarelawan pada 7 Jun lalu. – Gambar serahan JBP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Presiden Iran rasmi projek hidrokuasa dan pengairan Sri Lanka

    COLOMBO, 24 APRIL — Presiden Iran, Ebrahim Raisi tiba di Sri Lanka hari ini untuk merasmikan projek hidrokuasa dan pengairan yang telah lama tertangguh...