
SAN JUAN, Puerto Rico, 4 Okt – Jumlah kematian akibat Taufan Maria di Puerto Rico telah bertambah kepada 34 daripada 16, kata gabernor wilayah AS semalam.
Gabernor Ricardo Rossello juga berkata beliau percaya hurikan yang melanda pada 20 September dengan angin melebihi 150bsj mengakibatkan kerosakan berjumlah $90 bilion di seluruh pulau Caribbean.
Gabernor membuat pengumuman tersebut pada satu persidangan akhbar selepas lawatan Presiden Donald Trump ke wilayah AS itu untuk menilai kesan ribut.
– (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)
http://digital.mediapermata.com.bn