Saturday, April 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Mangsa tembakan sekolah ceritakan pengalaman ngeri

    UVALDE, 30 MEI – Mangsa terselamat dalam kes tembakan rambang di sebuah sekolah rendah di Uvalde, Texas mula menceritakan pengalaman ngeri mereka termasuk ada yang melumurkan darah rakan ke badan sendiri dan berpura-pura ‘mati’.

    Kebanyakan kanak-kanak yang trauma akibat tragedi Selasa lalu itu baru membuka mulut mereka, ketika orang ramai mengecam pihak polis kerana lambat bertindak memberkas penembak, Salvador Ramos, 18.

    Salah seorang mangsa, Miah Cerrillo, 11, mengakui bertindak melumurkan darah rakannya yang mati ke badan sendiri dan berpura-pura sudah tidak bernyawa serta berdoa tidak ditembak dalam tragedi di Sekolah Rendah Robb di Uvalde, Texas pada Selasa lalu itu.

    Miah memberitahu CNN, ketika serangan, murid di kelasnya sedang menonton Lilo and Stitch sebagai sebahagian daripada sambutan akhir tahun apabila penembak memasuki bilik darjahnya.

    “Tetapi, ketika seorang daripada guru mahu menutup pintu bilik darjah sebagai langkah keselamatan, lelaki bersenjata itu muncul di muka pintu.

    Presiden Joe Biden memeluk Mandy Gutierrez, pengetua Sekolah Rendah Robb semasa beliau dan Jill Biden memberikan penghormatan kepada mangsa yang terkorban di Uvalde, Texas pada 29 Mei. – AFP

    “Penembak itu kemudian memandang mata guru berkenaan dan sempat berkata, ‘selamat malam’, sebelum menembak kepala guru itu yang menjadi seorang daripada mangsa maut dalam serangan berkenaan,” kata Miah.

    Seorang lagi pelajar yang hanya mahu dikenali sebagai Daniel pula berkata, dia sendiri melihat Ramos menembak melalui kaca pintu kelas, menyasarkan gurunya.

    “Peluru itu terasa ‘panas’… dan apabila peluru lain kena pada hidung rakan, saya terdengar suara kesakitan,” katanya kepada The Washington Post.

    Daniel berkata, gurunya juga berulang kali meminta semua pelajar bertenang dan jangan bergerak walaupun sedang terbaring dengan pendarahan serius di atas lantai.

    Beberapa mangsa yang terselamat turut menggambarkan keadaan di mana mereka terpaksa berulang kali membuat panggilan kecemasan 911 merayu pihak polis segera membantu ketika kejadian itu berlaku. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...