Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Mangsa terlibat kemalangan kereta berjaya dikeluarkan

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 SEPT – Seorang mangsa kemalangan berjaya dikeluarkan oleh Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dalam insiden kemalangan kereta yang melibatkan kebakaran di Kampung Sungai Liang, kelmarin.

    Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP), menyatakan tujuh orang anggota dari Balai Bomba Sungai Liang yang diketuai oleh DSO Md Sadiy bin Abdul-lah Tujoh, dikejarkan ke insiden kemalangan di hadapan Balai Raya Kampung Sungai Liang pada pukul 10:51 pagi.

    Apabila tiba di tempat kejadian, mereka mendapati sebuah kereta jenis MPV putih terlibat dalam kemalangan dan terbakar di bahagian enjin kereta dengan bahagian hadapan bangunan Balai Raya Kampung Sungai Liang mengalami kerosakan akibat rempuhan itu.

    Anggota bomba segera bertindak memakai alat pernafasan dan memadamkan kebakaran berkenaan dengan mengeluarkan satu aliran hos serta air diperoleh dari jentera bomba.

    Semasa kejadian itu, mangsa telah dikeluarkan oleh pihak polis dan diserahkan kepada pihak paramedik EMAS yang bertugas sebelum jentera bomba sampai.

    JBP menyarankan kepada orang ramai supaya memastikan golongan warga emas sentiasa ditemani oleh seseorang yang sihat bagi mengelakkan berlaku kejadian yang tidak diingini, mengelakkan golongan warga emas untuk memandu bersendirian bagi keselamatan pengguna jalan raya yang lain serta sentiasa memastikan kenderaan mereka dalam keadaan baik dan selamat secara keseluruhan sebelum digunakan seperti memastikan tiada sebarang kebocoran dan pam yang boleh menyebabkan pengaliran cecair mudah terbakar pada blok enjin yang panas atau sistem elektrik.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...