Tuesday, April 23, 2024
25.8 C
Brunei

    -

    Mangsa terselamat dedah tiada air, makanan di atas kapal

    SIHANOUKVILLE, KEMBOJA, 25 SEPT – Seorang warganegara China yang terselamat daripada kejadian bot karam berhampiran sebuah pulau di Kemboja berkata sebelum berlepas mereka percaya bahawa mereka akan menjadi nelayan sementara namun berakhir tanpa air dan makanan di atas kapal yang mereka naiki dan barang peribadi mereka dirampas.

    Setakat ini tiga orang dilaporkan lemas manakala lapan lagi masih hilang.

    Pihak berkuasa Kemboja Jumaat lalu berkata mereka telah menyelamatkan 21 orang sehari selepas bot kecil itu karam berhampiran Koh Tang, sebuah pulau berhampiran dengan sempadan maritim Vietnam.

    Kheang Phearom, jurucakap bagi wilayah Preah Sihanouk di Kemboja, kelmarin mengumumkan di laman Facebook bahawa sembilan lagi berjaya diselamatkan oleh penduduk Vietnam dan tiga mayat ditemui di Kemboja, dan lapan lagi masih hilang. Mangsa yang terselamat memberitahu pegawai Kemboja bahawa mereka memulakan perjalanan dari selatan China.

    Rakaman video menunjukkan kru Kemboja dari kapal berhampiran membaling jaket keselamatan dan pelampung ke arah kapal yang remuk.

    Dua orang kru warganegara Kemboja meninggalkan kapal tersebut ketika ia mengalami kerosakan dan diselamatkan lebih awal. Polis Kemboja menganggap mereka sebagai pemandu dan telah ditahan. Ia masih tidak jelas mengapa penumpang tersebut dibawa ke Kemboja, meskipun maklumat yang diberikan oleh mangsa yang terselamat menunjukkan mereka ditipu oleh pemerdagangan manusia dengan menawarkan pekerjaan lumayan yang palsu. – AP

    Penduduk di wilayah Preah Sihanouk membantu mangsa yang terselamat daripada kejadian bot karam. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...