Mangsa terselamat Slovenia RAI 100 tahun

RAKEK, SLOVENIA – Seorang wanita Slovenia yang terselamat dari kem tahanan Nazi semasa Perang Dunia II, Marija Frlan menganggap nasib yang menimpa dirinya sebagai satu simbolik dalam kehidupannya tatkala dia kini berkesempatan meraikan ulang tahunnya ke-100 tahun Isnin lalu sempena Hari Memperingati Holocaust Antarabangsa.

Frlan, yang ditahan di perkhemahan Nazi di Ravensbrueck di Utara Jerman selama lebih dari satu tahun pada tahun 1944 hingga 1945, akan membuat perjumpaan dengan orang-orang yang terselamat dan pegawai di Poland untuk upacara ulang tahun ke-75 pembebasan dari kem Auschwitz.

Menjelang hari memperingati itu, Frlan memberitahu bahawa seseorang boleh bercakap panjang lebar tentang apa yang berlaku sepanjang berada di kem Ravensbrueck, tetapi hanya mereka yang berada di sana benar-benar tahu bagaimana keadaan sebenar di sana.

“Orang-orang yang tidak terselamat melaluinya, mereka tidak dapat memahami, tidak,” kata wanita yang masih bertenaga itu di rumahnya di kampung kecil Rakek di Slovenia. “Itu sangat mengerikan.”

Frlan berkata tahanan di kem Nazi untuk wanita diberi makanan yang cukup untuk bertahan dan terpaksa bekerja sepanjang hari. Pemeriksaan wajib diadakan setiap pagi, yang berlangsung selama sekurang-kurangnya satu jam.

Marija Frlan, akan menyambut ulang tahun hari kelahirannya ke-100 tahun sempena Hari Memperingati Holocaust, di rumahnya di Rakek, Slovenia. –AP
Kem tahanan Ravensbrueck adalah kedua tebesar di antara kem wanita di Auschwitz. – Agensi

“Suatu ketika, pemeriksaan itu berlangsung selama empat jam,” dia teringat. “Ia semasa hari hujan. Agak mustahil untuk menjelaskan jika anda tidak berada di sana.”

Wanita di kem itu membantu satu sama lain untuk tidak berputus asa, “Kaum wanita perlu bertahan!” dan “jangan mengeluh!” dia mengingatkan kembali.

Kem tahanan Ravensbrueck adalah kedua tebesar di antara kem wanita di Auschwitz, menurut Muzium Holocaust AS. Menjelang akhir perperangan, kira-kira 50,000 banduan, kebanyakan wanita, telah ditahan di kem tersebut.

Frlan dihantar ke Ravensbrueck pada bulan Mac 1944 dari penjara di Slovenia. Setelah membersihkan pejabat rahsia polis Gestapo selama sembilan bulan, Frlan dipenjarakan kerana membantu rancangan pengeboman di Slovenia.

“Gestapo tahu bahawa saya bertanggungjawab terhadap bom,” katanya. “Jadi mereka membawa saya ke penjara.” Pada masa itu, dia melihat suaminya untuk kali terakhir. Dia juga ditangkap dan dibunuh.

Penghuni di Raversbruck terdiri dari 30 buah negara, dengan jumlah terbesar dari Poland. Tentera Soviet membebaskannya pada April 1945.

“Saya telah kehilangan suami saya, saya tidak mempunyai tempat tinggal,” katanya. “Tiada apa-apa.” Namun, Frlan terus berusaha untuk bangkit demi meneruskan kehidupannya.

Beliau berkahwin lagi dan mempunyai keluarga bersama enam orang anak. Dia bekerja sebagai pembersih dan pekerja kilang selepas perang dan mendaki gunung Alpine tertinggi di Triglav pada usia 70 tahun.

Keluarganya sedang merancang pesta ulang tahun besar di desa itu setelah dia kembali dari Poland. Masih sihat dan mampu berjalan sendiri, Frlan sentiasa menyimpan kaca pembesar bersamanya kerana penglihatan yang lemah. – AP