Saturday, April 20, 2024
25 C
Brunei

    -

    Mangsa tersepit kemalangan jalan raya berjaya dikeluarkan

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 JAN – Anggota bomba dan penyelamat bertindak pantas dan cekap untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kejadian kemalangan melibatkan dua buah kenderaan di kawasan pusingan U lebuh raya Tanjong Maya, kelmarin.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) di sini, tujuh orang anggota bomba dan dua buah jentera dari Balai Bomba Tutong yang diketuai oleh DSO Rinald dikejarkan ke tempat kejadian pada pukul 3:09 petang.

    Dalam kemalangan yang melibatkan kereta dan sebuah trak itu, penumpang kereta terbabit tersepit di bahagian hadapan serta tidak sedarkan diri.

    Anggota bomba dan penyelamat segera bertindak membuka pintu kereta bagi mengeluarkan mangsa dengan menggunakan perkakas khas iaitu unit Holmetro Power.

    Mangsa seterusnya diserahkan kepada paramedik yang bertugas dan dihantar ke Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Tutong.

    Turut berada di tempat kejadian ialah Pegawai Pemerintah Cawangan Operasi E Balai Bomba Tutong, SSFR Yudiswandy bin Bakar.

    JBP menyarankan orang ramai supaya sentiasa memastikan kenderaan mereka dalam keadaan baik dan selamat sebelum digunakan, sentiasa berhati-hati, mematuhi undang-undang dan peraturan jalan raya, sentiasa mengamalkan sikap bertolak ansur sesama pengguna jalan raya yang lain serta menggelakkan memakan ubat-ubatan yang boleh menyebabkan mengantuk ketika hendak memandu.

    Orang ramai juga disarankan jika berlaku sebarang insiden kecemasan untuk menghubungi talian kecemasan 995 dan memberikan maklumat yang tepat.

    Anggota bomba dan penyelamat bertindak cepat untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kejadian kemalangan melibatkan dua buah kenderaan di kawasan pusingan U lebuh raya Tanjong Maya, baru-baru ini. – Gambar serahan JBP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...