Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Maniam nasihat pasukan, jangan selesa dengan kemenangan

    KUALA LUMPUR, 6 MAC – Pemain Petaling Jaya (PJ) City FC diingatkan supaya tidak terlalu selesa selepas menewaskan Melaka United 1-0 pada perlawanan pertama musim baharu Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya kelmarin.

    Ketua Jurulatih, P.Maniam yang berharap pasukannya mengekalkan momentum kemenangan dan aksi yang layak dipuji berkata skuad Phoenix perlu bersedia mendepani cabaran dalam liga, terutama ketika berdepan Sabah FC di Likas, Rabu ini.

    “Melaka United merupakan pasukan yang kuat dan bukan senang nak menang dengan mereka tetapi pemain PJ City telah menunjukkan semangat yang tinggi, bermain sebagai satu pasukan dan bertungkus lumus untuk mencatatkan kemenangan ini,” katanya yang ditemui selepas perlawanan.

    Meskipun bermain dengan 100 peratus pemain tempatan, PJ City berjaya mengatasi Melaka yang dibarisi lima pemain import – pertahanan, Mikel Justin Cagurangan Baas dari Filipina, pemain tengah, Sony Norde (Haiti), Emmanuel Oti Essigba (Ghana) dan penyerang, Ifedayo Olusegun (Nigeria) dan Adriano Narcizo (Brazil) dalam kesebelasan utama.

    Bekas penyerang Harimau Muda, S.Kumaahran menjaringkan gol menerusi jaringan cantik pada minit ke-42 untuk memperoleh tiga mata buat pasukan tuan rumah. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...