Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Mantan ketua Amnesty ditegah keluar negara

    NEW DELHI, 6 APRIL – Bekas ketua Amnesty International India, hari ini mendakwa, beliau tidak dibenarkan berlepas ke Amerika Syarikat (AS) berikutan tindakan undang-undang kerajaan terhadap badan pemerhati hak asasi manusia itu.

    Pentadbiran Perdana Menteri, Narendra Modi, sejak sekian lama dituduh cuba menutup mulut pengkritik dengan aktivis mendakwa mereka menjadi sasaran gangguan sejak beliau memegang jawatan pada 2014.

    Aakar Patel berkata, beliau tidak dibenarkan menaiki penerbangannya ke AS di lapangan terbang di bandar selatan Bangalore kerana berada dalam ‘senarai kawalan keluar’.

    Melalui Twitternya, Patel memaklumkan, beliau kemudian dihubungi Biro Siasatan Pusat (CBI) negara itu dan diberitahu, beliau dihalang daripada berlepas ‘kerana kes yang difailkan kerajaan Modi terhadap Amnesty International India’.

    Amnesty menjadi pengkritik yang lantang terhadap layanan kerajaan Modi kepada golongan minoriti dan dakwaan penyalahgunaan oleh pasukan keselamatan India di wilayah Kashmir yang dipertikaikan. – AFP

    Gambar fail 13 Julai 2016 menunjukkan Aakar Patel. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...