LIMA, 15 Jan – Alberto Fujimori, mantan presiden Peru yang kini menjalani hukuman 25 tahun penjara atas kesalahan pencabulan hak asasi manusia, sekali lagi dimasukkan ke hospital semalam kerana masalah jantung, menurut doktor yang merawat.
Fujimori dimasukkan ke hospital akhir tahun lepas dan dirawat beberapa penyakit dan dibenarkan keluar 10 hari lepas.
“Dia secara keseluruhannya belum stabil” dan masih “mengalami masalah jantung,” beritahu doktor Alejandor Aguinaga kepada para wartawan.
Fujimori yang kini berusia 79 tahun tiba di klinik Centenario di mana tempatnya sebelum ini dirawat sambil ditemani oleh anaknya, Kenji. Sebelum masuk, dia melambai ke arah wartawan-wartawan yang hadir, menurut beberapa imej televisyen.
Pengampunan Fujimori telah menimbulkan kritikan hebat daripada mangsa-mangsa semasa dia masih memegang tampuk pemerintahan pada 1990-2000 juga termasuk kenalan dan peguam bela hak asasi manusia.
Tetapi dia juga mendapat penghormatan dari sebahagian besar warga Peru kerana kempen tanpa belas kasihan dan tidak gentar untuk menewaskan kumpulan gerila sayap kiri semasa pemerintahannya.
Presiden Pedro Pablo Kuczynski telah berikrar untuk tidak mengampuni Fujimori tetapi beberapa hari selepas Kenji mengundi untuk keluar dari parlimen Khamis lalu untuk mencabar presiden mengenai rasuah sekali gus menimbulkan spekulasi bahawa pengampunan itu hanyalah mainan politik. – AFP