Wednesday, April 24, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Mantan, timbalan menteri KHEU dirai

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 JUN – Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) malam tadi, telah mengadakan majlis mengenang jasa mantan Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar bagi menghargai jasa bakti dan sumbangan dari segi tenaga, masa, buah fikiran dan bimbingan yang telah dicurahkan oleh beliau khususnya di KHEU.

    Majlis juga diselajurkan dengan meraikan Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Pengiran Dato Seri Setia Haji Mohd Tashim bin Pengiran Haji Hassan yang baru dilantik.

    Hadir pada majlis tersebut ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman.

    Pada majlis itu, Yang Berhormat Pehin telah menyampaikan cenderahati kenangan dan sijil penghargaan kepada Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom diikuti dengan bacaan Doa Selamat bagi memberkati majlis.

    Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom mula berkhidmat dengan kerajaan pada Januari 1988 dan telah memegang beberapa jawatan sebelum dilantik sebagai timbalan menteri hal ehwal agama pada Mei 2010 hingga Oktober 2015, manakala itu, pada Oktober 2015 hingga Januari 2018, beliau dilantik sebagai timbalan menteri pendidikan dan seterusnya sebagai timbalan menteri hal ehwal agama dari Januari 2018 hingga 7 Jun 2022.

    Sementara itu, Pengiran Dato Seri Setia Haji Mohd Tashim memegang jawatan sebagai hakim Mahkamah Rayuan Syariah di Jabatan Perdana Menteri sebelum dilantik menjadi timbalan menteri hal ehwal agama.

    Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama semasa menghadiri majlis makan malam meraikan mantan timbalan menteri dan timbalan menteri baharu KHEU.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...