Saturday, April 20, 2024
25 C
Brunei

    -

    Mantapkan akidah sebagai seorang Muslim

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 SEPT – Demi meningkatkan perlaksanaan kewajipan ibadah solat lima waktu sebagai tiang agama setiap Muslim dengan bacaan dan perbuatan-perbuatan penuh ketelitian, Majlis Belia Brunei (MBB) telah mengadakan Bengkel
    Menghalusi Solat bersempena Tahun Baharu Hijrah 1444 bertempat di Dewan Silaturrahim, Pusat Belia, baru-baru ini.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh MBB, bengkel kerohanian yang berlangsung selama dua hari itu disertai oleh 29 orang peserta terdiri daripada rakan-rakan strategik MBB dan orang ramai.

    Ia telah dipimpin oleh dua orang tenaga pengajar bertauliah iaitu Awang Khairul Mu’az bin Haji Sibodaud dan Dayang Jainatul Nabilah binti Haji Mat Jahari.

    Bengkel berkenaan telah dibahagikan kepada dua bahagian iaitu sesi teori, di mana tenaga pengajar mengongsikan mengenai cara-cara wuduk, tayamum dan tatacara solat, manakala itu, bahagian kedua menumpukan kepada sesi praktikal.

    Perlaksanaan bengkel sedemikian adalah untuk memantapkan dan memelihara akhlak, akidah dan ilmu pengetahuan terutama mengenai tuntutan ibadah solat lima waktu yang merupakan salah satu keperluan asas setiap umat Islam.

    Seramai 29 orang menyertai Bengkel Menghalusi Solat bersempena Tahun Baharu Hijrah 1444 anjuran MBB, baru-baru ini. – Gambar serahan MBB
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...