Mantapkan perpaduan masyarakat

Oleh Noorhamizan Haji Mohd Mosbi

TEMBURONG, 8 DIS – Dalam usaha mengembang maju-
kan sosioekonomi masyarakat di samping memantapkan perpaduan dan keharmonian masyarakat, Majlis Perundingan Mukim Amo dengan kerjasama Jabatan Daerah Temburong mengadakan Pesta Perpaduan Masyarakat Mukim Kampung D’ Karangan (2PMK) bagi 2019, hari ini.

Pelancaran pesta yang berlangsung di Kawasan Taman Batang Duri, Mukim Amo itu telah disempurnakan oleh Pemangku Pegawai Daerah Belait, Awang Abdul Ghani bin Haji Othman.

Turut hadir ialah ahli Majlis Mesyuarat Negara dan Pemangku Penghulu Mukim Bokok, Yang Berhormat Haji Emran bin Haji Sabtu selaku pengerusi 2PMK; Penolong Pegawai Daerah Belait, Awang Mohamad Khairul Shahrul bin Haji Duahim, ketua-ketua cawangan, para jemputan khas serta para penghulu mukim dan ketua-ketua kampung.

Beberapa aktiviti telah pun disusun untuk para pengunjung antaranya acara mukim-mukim yang berbentuk sukan dan pelbagai aktiviti yang dikendalikan oleh setiap mukim, jualan produk 1K1P dan keusahawanan kampung, Carboot Sales, Bintang Karangan, lawatan ke Zoo Mini Taman Batang Duri dan pameran daripada jabatan-jabatan kerajaan.

Pesta berkenaan merupakan satu langkah bagi menambah tarikan dan kemeriahan yang terdapat di Daerah Temburong selain menghidupkan kembali kemeriahan dan keceriaan Pesta Karangan.

Sebahagian pengunjung santai bersama keluarga semasa Pesta Karangan 2019 Taman Batang Duri, Daerah Temburong.