Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Mantuka Aswad ‘ayam tambatan’ UBD

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 MAC – Pasukan Eko-Maraton Asia Shell Universiti Brunei Darussalam (UBD), Perkasa Darussalam, hari ini, telah melancarkan kenderaan elektrik bateri prototaip yang dikenali dengan Mantuka Aswad.

    Pelancaran Mantuka Aswad di Bangunan Sains Berintegrasi UBD itu telah disempurnakan oleh Naib Canselor UBD, Dr Hazri bin Haji Kifle selaku tetamu kehormat majlis.

    Perkasa Darussalam bakal menyertai Pertandingan Eko-Maraton Asia Shell yang akan mengambil tempat di Lombok, Indonesia pada 4 hingga 9 Julai depan yang mana, ini adalah penyertaan kelapan UBD dalam pertandingan seumpamanya.

    Penyelaras Bersama Eko-Maraton Shell , Fakulti Teknologi Berintegrasi (FIT) UBD, Dr Quentin Cheok dalam ucapan alu-aluannya antara lain menyatakan bahawa penyertaan Perkasa Darussalam dalam pertandingan itu menunjukkan penekanan di mana UBD meletakkan ia sebagai sebahagian daripada Wawasan Brunei 2035.

    “Ini merupakan agenda pembangunan pendidikan untuk melahirkan generasi belia yang berpengetahuan tinggi, berkemahiran dan boleh bekerja yang mampu menghadapi cabaran global yang kompetitif dengan pengetahuan mereka,” jelasnya.

    Naib Canselor Universiti Brunei Darussalam (UBD), Dr Hazri bin Haji Kifle semasa menyempurnakan pelancaran kenderaan elektrik bateri prototaip baharu yang dikenali dengan nama Mantuka Aswad dicipta oleh Pasukan Eko-Maraton Asia Shell Universiti Brunei Darussalam (UBD), Perkasa Darussalam. Kenderaan itu menyertai Pertandingan Eko-Maraton Asia Shell di Lombok, Indonesia pada 4 hingga 9 Julai yang merupakan penyertaan ke-8 UBD dalam pertandingan itu. – Gambar oleh Salawati Haji Yahya
    Antara yang hadir di majlis tersebut.

    Beliau seterusnya menambah, pertandingan yang mencabar itu telah menguji kemampuan pelajar di seluruh dunia dalam rekaan, pembinaan, dan perlumbaan kereta cekap tenaga.

    Perkasa Darussalam terdiri daripada pelajar dari FIT, UBD yang menawarkan program sarjana muda dan pasca siswazah dalam bidang kejuruteraan.Fakulti berkenaan menyediakan pendidikan dan menjalankan penyelidikan dalam pelbagai bidang kejuruteraan di mana pada masa ini, FIT menawarkan dua program ijazah sarjana muda dalam Kejuruteraan Am dan Kejuruteraan Kimia dan Proses.

    Program berkenaan bertujuan untuk melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk mereka bentuk, membangun dan melaksanakan penyelesaian teknologi kepada masalah dunia sebenar.

    Turut hadir menyaksikan pelancaran itu ialah wakil penaja korporat Mantuka Aswad iaitu Syarikat Minyak Brunei Shell (BSP), Syarikat Pemasaran Brunei Shell (BSM) dan Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD).

    Dalam penyertaan pada 2015, pasukan UBD telah berjaya mendapat tempat ketiga dalam kategori Prototype Hydrogen Fuel Cell diikuti pada 2017 apabila UBD sekali lagi mencatat rekod baharu dalam kategori Prototype Battery Electric apabila berjaya mendapat di kedudukan 10 teratas.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...