Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Manusia jadi ‘senjata pemusnah besar-besaran’

    MONTREAL, 7 DIS – Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, menyelar syarikat multinasional kerana mengutamakan keuntungan berbanding pemuliharaan alam semula jadi.

    Beliau berkata tindakan ketamakan mementingkan kekayaan itu menjadikan ekosistem dunia sebagai ‘sumber keuntungan’ sekali gus bimbang jika perkara itu tidak dibetulkan, ia akan memudaratkan penduduk dunia secara umum.

    “Dengan nafsu yang tiada had untuk pertumbuhan ekonomi yang tidak terkawal dan seimbang, manusia sendiri menjadi senjata kepupusan besar-besaran,” katanya dalam ucapan menjelang persidangan biodiversiti di Montreal.

    Kecaman yang membara pada pembukaan upacara persidangan yang dikenali sebagai COP15, mendedahkan nasib tumbuhan dan haiwan yang terancam di bumi dan krisis yang saling berkaitan antara isu yang sangat dekat dengan hatinya.

    Hampir 200 negara berkumpul bagi menjayakan persidangan yang diadakan mulai hari ini hingga 19 Disember dalam usaha mencipta ‘Detik Paris’ untuk alam semula jadi.

    Ini berikutan cabaran amat menggerunkan, dengan satu juta spesies menghadapi risiko kepupusan; iaitu satu pertiga daripada semua tanah rosak teruk dan tanah subur hilang; manakala pencemaran dan perubahan iklim mempercepatkan pencemaran lautan.

    Akibatnya, tambah beliau, manusia membunuh diri sendiri menggunakan proksi iaitu kehilangan peluang kerja, kebuluran, penyakit dan kematian. – AFP

    Antonio Guterres semasa menyampaikan ucapan pada pembukaan COP15, Persidangan Biodiversiti PBB di Montreal pada 6 Disember 2022. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...