Manuskrip Einstein dilelong di Paris

PARIS, 23 NOV – Nota tulisan tangan Albert Einstein mengenai teori kerelatifan akan dilelong di Paris hari ini, dijangka akan dibeli pada harga jutaan euro.

“Ini tanpa disangkal lagi manuskrip Einstein paling berharga berada dalam acara lelongan,” menurut penganjur jualan, Christie’s yang mewakili syarikat lelongan Aguttes.

Manuskrip tersebut mengandungi kerja-kerja persiapan bagi pencapaian fizik, teori kerelatifan yang diterbitkan pada 1915. Christie’s menjangkakan ia akan mencapai antara dua dan tiga juta euro. Dokumen yang mempunyai tulisan tangan pada 1913 dan 1914 di Zurich, Switzerland, oleh Einstein dan rakannya serta jurutera dari Switzerland, Michele Besso.

Chistie’s berkata mereka ingin mengucapkan terima kasih kepada Besso atas manuskrip tersebut yang dijaga dengan baik. Hari ini, surat tersebut menawarkan ‘pengalaman menakjubkan untuk menyelami minda saintis terhebat abad ke-20,” katanya.

Ia membincangkan teori umum kerelatifan, yang mencatatkan teori relatif pada 1905 yang mencetuskan formula terkenal, E=mc2. Einstein meninggal dunia pada 1955 ketika berusia 76 tahun, dianggap sebagai ahli fizik teragung sepanjang zaman. – AFP

Manuskrip tulisan tangan Albert Einstein mengenai teori kerelatifan akan dilelong di Paris. – AFP