Wednesday, November 30, 2022
29.4 C
Brunei

-

MAQIS rampas 40kg sarang burung

SEPANG, 14 NOV – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) merampas 40 kilogram (kg) sarang burung bernilai RM240,000 yang cuba dieksport ke Vietnam, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), Sabtu lepas.

Pengarah MAQIS Selangor, Mohd Sobri Md Hashim berkata cubaan membawa keluar sarang burung oleh wanita warga Vietnam berusia 25 tahun di pintu masuk klia2 itu digagalkan dengan kerjasama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam).

Beliau berkata sarang burung yang diletakkan dalam dua bagasi berasingan itu dikesan oleh mesin pengimbas Kastam dan ia percayai cuba dibawa keluar ke Vietnam bagi tujuan perniagaan.

“Sarang burung tersebut disita oleh MAQIS kerana tidak mempunyai permit eksport serta sijil kesihatan veterinar yang sah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Sobri berkata perbuatan mengeksport hasilan haiwan tanpa permit yang sah dari MAQIS adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 11 (2) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 11(3) akta yang sama.

Jika disabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya, katanya. – Bernama

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Jutaan rakyat Bangladesh hilang tempat tinggal

DHAKA, 29 NOV – Berjuta-juta orang di Bangladesh hilang tempat tinggal dan mata pencarian akibat kesan perubahan iklim tahun ini hingga menyebabkan penghijrahan dalam negeri...

Polis kawal bandar utama China

- Advertisment -