Saturday, April 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Mara ke Liga Konferensi Europa ubat derita West Ham

    PARIS, 26 OGOS – West Ham mengalihkan tumpuan permulaan hambar di Liga Perdana Inggeris dengan mara ke peringkat kumpulan Liga Konferensi Europa kelmarin dengan kemenangan agregat 6-1 ke atas Viborg dalam pertemuan playoff.

    Selepas mendahului 3-0 di pusingan pertama di London minggu lalu, West Ham mengesahkan kemenangan selepas penyerang baharu mereka, Gianluca Scamacca, pemain antarabangsa Algeria, Said Benrahma dan bintang Czech, Tomas Soucek masing-masing mencetak nama selaku penjaring di Denmark.

    Pasukan England itu jarang diserang namun penjaga gol Alphonse Areola terpaksa melakukan dua aksi menyelamat untuk menafikan percubaan Jay-Roy Grot dan Justin Lonwijk.

    “Ia adalah kemenangan besar untuk kami dan mara ke peringkat kumpulan. Kami berjuang setiap tahun untuk beraksi di Eropah dan kami tidak boleh terlepas peluang ini,” kata pemain tengah dari Sepanyol, Pablo Fornals di laman sesawang kelab.

    “Kami sedar untuk datang ke stadium dengan suasana sebegini akan menjadikannya sangat sukar, dan tidak mudah untuk datang ke sini di hadapan penonton yang mengetahui ia adalah sukar untuk layak, tetapi masih menyokong pasukan mereka.

    “Viborg adalah sebuah pasukan yang bagus. Mereka mempunyai pemain berkualiti.

    “Lontaran ke dalam di sebelah kiri padang sangat sukar untuk dikawal dan mereka juga mempunyai penyerang besar.”

    The Hammers akan dimasukkan ke dalam undian hari ini bagi menentu peringkat kumpulan tetapi perhatian mereka kembali untuk bangkit di Liga Perdana Inggeris.

    Mereka ketika ini berada di kedudukan tercorot selepas tewas dalam kesemua tiga perlawanan pembukaan tanpa mencatatkan sebarang gol. – AFP

    Reaksi pengurus West Ham, David Moyes meraikan kemenangan selepas pasukannya berjaya mara ke peringkat kumpulan Liga Konferensi Europa. – Xinhua
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China kecewa AS guna veto halang Palestin anggotai PBB

    BEIJING, 19 APRIL - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) gagal meluluskan draf resolusi untuk menerima Palestin sebagai anggota rasmi Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)...