Wednesday, April 24, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    MARA lulus RM98.47 juta pembiayaan untuk usahawan Sabah

    KOTA MARUDU, 23 JUN – Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah meluluskan RM98.47 juta pinjaman perniagaan untuk 1,121 usahawan di Sabah bagi tempoh antara 2020 hingga 31 Mei lepas, kata Pengerusinya Datuk Seri Azizah Mohd Dun.

    Beliau berkata daripada jumlah tersebut sebanyak RM39.9 juta diluluskan untuk 583 usahawan wanita yang telah mendapat pembiayaan MARA pelbagai skim pembiayaan agensi tersebut.

    Katanya daripada jumlah itu juga seramai 142 usahawan wanita telah mendapat kelulusan untuk Skim DANANITA melibatkan peruntukan sebanyak RM6.2 juta.

    “MARA Sabah juga telah diperuntukkan sebanyak RM5 juta untuk Program Penjana E-Commerce  melibatkan 500 peserta dengan 60 peratus disasarkan untuk usahawan wanita.

    “Sasaran itu terutama usahawan wanita luar bandar, golongan B40 dan juga ibu tunggal yang memerlukan pengetahuan dan kemahiran tentang E-Commerce dan pemasaran digital bagi meningkatkan potensi dan pendapatan perniagaan mereka,” katanya.

    Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan program Bina Niaga dan Outreach Luar Bandar MARA Negeri Sabah di Matunggong di sini. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...