Maracineanu: Ligue 1 buat keputusan tepat

PARIS, 19 MEI – Perancis membuat keputusan yang tepat untuk menamatkan musim bola sepak mereka, kata menteri sukan negara itu kelmarin, menimbulkan keraguan mengenai kebijaksanaan memulakan semula Bundesliga, di tengah-tengah wabak koronavirus pada hujung minggu.

“Ia adalah penting bagi kami memberi keutamaan kepada kesihatan dan kesejahteraan psikologi atlet atas pertimbangan ekonomi, yang memang, di negara lain telah diutamakan,” kata Roxana Maracineanu ketika lawatannya ke institusi prestasi tinggi Perancis (INSEP) di luar bandar Paris.

Sementara musim liga Perancis telah diumumkan berakhir dengan Paris Saint-Germain bergelar juara, Bundesliga disambung semula pada Sabtu lalu, tanpa kehadiran peminat
“Setiap negara mempunyai kesan yang berbeza disebabkan oleh COVID-19,” kata Maracineanu, yang merujuk kepada sistem persekutuan Jerman yang mana ‘wilayah-wilayah mereka yang membuat keputusan sendiri, sama ada membuka semula sekolah atau menyambung sukan’.

Sementara ‘pertaruhan tidak sama di Jerman dan Perancis’, menteri itu mempersoalkan ‘gagasan keadilan’ sekiranya berlaku pertandingan semula Eropah, terutama Liga Juara-Juara, di mana PSG telah mencapai peringkat kelompok lapan pasukan terakhir dan Lyon mendahului 1-0 ke atas Juventus di pusingan 16 terakhir.

“Ada beberapa yang memilih untuk menyambung semula kejohanan, kerana, tanpa ragu lagi, dan saya mengetahui ini dari perbincangan dengan rakan dari negara-negara utama bola sepak Eropah, ia mengenai isu ekonomi yang sedang dipertaruhkan,” dia menegaskan.

“Saya rasa bahawa ia adalah tempoh di mana kita lalui, keputusan yang akan dipimpin oleh kerisauan kesihatan dan aspek kesihatan yang tidak boleh dipersoalkan,” tambahnya.

Keputusan Ligue 1 tersebut telah mencetuskan keriuhan di kalangan beberapa buah kelab bola sepak. Presiden Lyon, Jean-Michel Aulas, yang beraksi di kejohanan Eropah ketika permainan digantungkan, telah membuat dua tindakan undang-undang.

Maracineanu berkata penggantungan itu boleh menjadi peluang untuk mencerminkan sukan ini. – AFP