Tuesday, January 21, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Maradona sedia beri penawar

    BRONNITSY, 25 Jun – Diego Maradona sedia mengadakan sesi pertemuan dengan skuad Argentina dalam usaha membangkitkan semula semangat pemain menjelang pertembungan terakhir peringkat kumpulan menentang Nigeria.

    Juara dunia dua kali itu wajib menewaskan Nigeria di Saint Petersburg, Selasa ini untuk mengelak tersingkir awal selepas tewas 3-0 kepada Croatia.

    Dia turut akan membawa bersama bekas pemain negara itu untuk sesi motivasi bersama pemain.

    “Saya mahu berjumpa mereka, (Nery) Pumpido, (Sergio) Goycochea, (Claudio) Caniggia, (Pedro) Troglio malah bersama (Daniel) Passarella jika dia mahu datang dan juga (Jorge) Valdano,” kata Maradona kepada stesen televisyen Venezuela, Telesur.

    “Kami akan mempertahankan maruah. Kekalahan di tangan Croatia dan bolos tiga gol sangat menyakitkan.”

    Maradona yang mengkritik jurulatih Jorge Sampaoli dan penyerang, Sergio Aguero sejak kebelakangan ini turut menyalahkan Presiden Persatuan Bolasepak Argentina (AFA), Claudio Tapia dalam kecaman terbaharunya.

    “Saya terkejut dan berang kerana sesiapa yang memakai jersi Argentina sudah pasti tak rela dibelasah Croatia.

    Pasukan itu bukan Jerman, Brazil, Belanda atau Sepanyol,” katanya.

    “Tetapi ada pihak yang perlu bertanggungjawab iaitu presiden AFA. Semua orang menerimanya apabila Sampaoli tiba dengan komputer, dron dan 14 penolong.

    “Saya rasa terdapat kurang penguasaan mengenai Tapia.”

    Javier Mascherano, salah seorang pemain senior dalam skuad itu kelmarin menafikan mengenai berlakunya pertelingkahan antara Sampaoli dan para pemain. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda