Maraton Olimpik Tokyo pindah ke Sapporo

TOKYO, 19 DIS – Acara maraton di Tokyo akan dipindahkan ke Utara Sapporo untuk mengelakkan dari cuaca yang panas di ibu kota tersebut.

Kategori perempuan bakal berlangsung pada 8 Ogos 2020 dan kategori lelaki akan berlangsung pda keesokan harinya pada hari terakhir sukan Olimpik tersebut. Kejauhan pusingan tersebut kira-kira setengah maraton bagi satu pusingan.

Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa bersepakat untuk memindahkan acara maraton dan perlumbaan berjalan di luar bandar Tokyo disebabkan musim panas nanti.

Hal ini menimbulkan kemarahan Gabenor Tokyo, Yuriko Koike, dia membangkang keputusan tersebut kerana hal tersebut akan membuat kehilangan peluang bagi pihak penganjur untuk melihat jalan-jalan Tokyo yang indah dipenuhi kuil-kuil, bangunan pencakar langit serta beberapa buah restoran dan bar yang menarik.

Maraton Paralimpik akan kekal di bandar Tokyo dan ia akan bermula selepas dua minggu sukan Olimpik di Tokyo. – AP