Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Marc Anthony umum pertunangan dengan Nadia Ferreira

    Pengumuman pertunangan penyanyi Marc Anthony dengan pemenang Miss Universe Paraguay 2021, Nadia Ferreira menjadi perbualan warganet disebabkan perbezaan usia mereka 30 tahun.

    Selain soal usia, peminat juga kembali berbicara mengenai bekas isteri Marc yang juga bintang popular Hollywood, Jennifer Lopez.

    Imej yang mengundang kontroversi itu diungkit semula ketika Marc mencacah tatu pada jarinya yang melambangkan cincin perkahwinan ketika mengahwini Jennifer Lopez pada 2004.

    Itu bukan satu-satunya tatu yang dicacah demi Jennifer, Marc juga pernah mencacah tatu nama Jennifer di pergelangan tangannya. Bagaimanapun selepas berpisah, penyanyi My Baby You itu cuba menutup tatu itu dengan rekaan lain.

    Marc, 53, dan Nadia, 23, mulai berpacaran sejak tiga bulan lalu sebelum akhirnya mengesahkan hubungan mereka menerusi hantaran di Instagram.

    Nadia turut berkongsi sekeping foto di Instastory sambil berpegangan tangan dan menayangkan sebentuk cincin pertunangan mereka.

    Cincin yang berwarna hijau zamrud yang bertatah dua batu permata rekaan Mike Fried itu dianggarkan bernilai lebih daripada setengah juta dolar (RM2.1 juta).

    Terdahulu, Marc dan Nadia meluangkan masa bersama-sama kenalan mereka sambil bercuti di Miami.

    Untuk rekod, Marc pernah bersama Miss Universe Puerto Rico 1993, Dayanara Torres, Jennifer Lopez dan model Venezuela, Shannon de Lima. – Agensi

    Marc Anthony dengan tunangnya Nadia Ferreira mempunyai jarak usia 30 tahun. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...