Marcell Siahaan peluk Islam bukan kerana wang

Penyanyi Indonesia Marcell Siahaan menganggap keputusannya memeluk Islam sejak 12 tahun lalu adalah sesuatu yang peribadi untuk dikongsi kepada umum.

Pernah beberapa kali bertukar kepercayaan sebelum ini, Marcell menafikan dakwaan segelintir pihak bahawa pengakuan mualafnya dengan niat tertentu.

“Saya tidak suka mendedahkan urusan peribadi. Bagi saya perjalanan spiritual ini adalah sangat peribadi dan untuk diri sendiri.

“Orang katakan saya mengaku mualaf untuk mencari wang. Itu adalah satu tanggapan yang negatif dan ia tidak benar.

“Sejak tahun 2012 saya sudah menjalani proses ini dengan perjalanan jatuh bangun bukanlah satu yang mudah,” ujarnya seperti yang dipetik dari Suara. Dalam pada itu, penyanyi lagu Semusim ini juga memberitahu dia memilih Islam bukan kerana perkahwinannya dengan isteri iaitu pelakon Rima Melati yang dinikahi pada Januari 2009. – Agensi

Marcell pilih Islam selepas lalui banyak dugaan. – Agensi