MANILA, 21 SEPT – Presiden Filipina, Ferdinand Marcos Jr hari ini meminta sokongan daripada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk pencalonan negaranya menyertai Majlis Keselamatan.
“Pengalaman negara saya dalam membina keamanan dan membuka laluan kerjasama baharu boleh memberi manfaat kepada Majlis Keselamatan,” katanya semasa Perhimpunan Agung PBB ke-77.
“Saya merayu untuk sokongan daripada semua ahli PBB untuk pencalonan Filipina ke Majlis Keselamatan bagi penggal 2027-2028,” tambah Marcos Jr.
Tanggungjawab utama Majlis Keselamatan adalah untuk mengekalkan keamanan dan keselamatan antarabangsa. Badan tersebut mempunyai 15 ahli dan setiap ahli mempunyai satu undi.
Di bawah piagam PBB, semua ahli mesti mematuhi keputusan majlis tersebut.
Lima ahli tetap majlis itu ialah China, Perancis, Rusia, United Kingdom dan Amerika Syarikat.
Ahli ketika ini termasuk Albania, Brazil, Gabon, Ghana, India, Ireland, Kenya, Mexico, Norway dan Emiriah Arab Bersatu.
Januari 2004 merupakan kali terakhir Filipina dianggap sebagai salah sebuah daripada Majlis Keselamatan PBB bagi penggal 2004-2005. – ANN
