Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Marcos Jr presiden baharu Filipina

    MANILA, 30 JUN – Kempen satu dekad untuk mengembalikan legasi keluarganya sampai ke penghujungnya apabila Ferdinand Marcos Jr sah menjadi presiden Filipina ke-17, pada majlis angkat sumpah di Muzium Nasional Manila, disaksikan ribuan rakyat Filipina hari ini.

    Marcos Jr juga dikenali dengan nama timangan Bongbong, yang bapanya merupakan seorang diktator dan senama dengannya serta pernah menjarah dan memerintah secara kuku besi di Filipina, menggantikan Rodrigo Duterte sebagai presiden selepas kemenangan mudah dalam pilihan raya bulan lalu.

    Marcos Jr yang mengenakan kemeja rasmi Filipina, Barong, mengangkat sumpah sebagai presiden sambil disaksikan oleh ibunya, Imelda Marcos, 92, dan ahli keluarganya yang lain.

    Lebih daripada 15,000 anggota polis dan pasukan keselamatan dikerahkan ke seluruh ibu negara bagi acara mengangkat sumpah itu yang turut dihadiri orang kenamaan, para diplomat dan tiga bekas presiden Filipina, Fidel Ramos, Joseph Estrada dan Gloria Macapagal-Arroyo.

    Kemenangan Marcos Jr telah membawa kepada usaha tanpa henti membersihkan nama keluarganya dan meraih pengaruh rakan pakatan daripada keluarga saingan kaya yang mengawal sebahagian besar negara itu.

    Dalam masa 36 tahun sejak kebangkitan popular yang menggulingkan bapanya, Ferdinand Marcos dan menyingkirkan mereka ke dalam buangan di Amerika Syarikat, keluarga Marcos sudah pun membina semula profil politik mereka.

    Dan bulan lalu, dengan ikrar untuk menyatukan negara itu, mempertingkatkan peluang pekerjaan dan menangani kenaikan harga barangan di negara berpendapatan rendah-sederhana itu dalam kempen pilihan raya bersama dengan pakatan politiknya, Marcos Jr telah menang pilihan raya.

    Marcos mengatakan beliau merasa bangga dengan kejayaan itu dan berikrar untuk ‘sentiasa mencapai kesempurnaan.’

    “Saya mahu buat yang lebih baik, kerana jika seorang presiden melakukannya, negara juga akan lebih baik dan saya mahu lakukan yang lebih bagus untuk negara ini,” katanya selepas Kongres secara rasminya mengesahkan keputusan pilihan raya. – AFP/Xinhua

    Presiden baharu Filipina, Ferdinand Marcos Jr bersama isteri, Maria Louise dan anak lelakinya, Sandro tiba di Istana Malacanang selepas majlis mengangkat sumpah sebagai presiden ke-17 Filipina. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China hantar angkasawan baharu ke stesen angkasa Tiangong

    JIUQUAN, 24 APRIL - China akan menghantar angkasawan baharu ke stesen angkasa Tiangong pada petang Khamis, menurut pengumuman dari Agensi Angkasa Lepas Beijing, misi...