Wednesday, April 24, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    Marcos Jr tidak anggap bapanya diktator

    MANILA, FILIPINA, 14 SEPT – Presiden Filipina, Ferdinand Marcos Jr berkata adalah salah untuk menggambarkan mendiang bapanya sebagai seorang diktator dan bahawa pemerintahan tenteranya yang kejam pada 1970an bukan bertujuan untuk melanjutkan cengkamannya ke atas kuasa, komen-komen yang segera ditolak oleh aktivis-aktivis hak asasi manusia.

    Anak lelaki bekas presiden yang disingkirkan dalam pemberontakan pro demokrasi 1986 itu, dalam temu bual TV yang disiarkan lewat kelmarin, juga menafikan bahawa beliau dan keluarganya mengaburkan sejarah.

    Ia merupakan kali pertama sejak menjawat jawatan pada Jun lalu, Marcos Jr menyentuh mengenai beberapa isu kontroversi yang telah menghantuinya dan keluarganya.

    Transkrip temu bual di syarikat penyiaran baharu ALLTV oleh hos TV dan pelakon Toni Gonzaga, yang menyokong pencalonan Marcos Jr, telah dikeluarkan oleh setiausaha medianya.

    Ditanya sama ada beliau terkesan dengan rujukan media terhadapnya sebagai anak lelaki diktator, Marcos Jr membalas, “Tidak. Ia akan menyakitkan saya jika ia benar, tetapi ia salah.”

    Gambar fail Presiden Ferdinand Marcos Jr semasa menyampaikan ucapan negara pertamanya di bandar Quezon, Filipina pada 25 Julai lalu. – AP

    “Sudah berapa kali saya berada dalam bilik di mana dia (bapanya) berunding dengan kumpulan-kumpulan berlainan?” katanya dalam temu bual di istana presiden Malacanang, di Manila, di mana bapanya beribu pejabat selepas menjawat jawatan presiden pada 1965.

    “Seorang diktator tidak berunding. Seorang diktator hanya berkata ‘inilah yang akan kamu lakukan, sama ada kamu suka atau tidak’,” jelasnya.

    Marcos meletakkan Filipina di bawah undang-undang tentera pada 1972, setahun sebelum penggalnya berakhir.

    Dia menutup Kongres dan pejabat-pejabat akhbar, mengarahkan penangkapan ramai penentang politik dan aktivis serta memerintah dengan dekri.

    Marcos Jr mempertahankan keputusan itu dengan mengulangi justifikasi bapanya bahawa undang-undang tentera adalah penting untuk memerangi pemberontakan Muslim dan komunis yang bertambah.

    “Ia adalah perlu, dalam pandangan bapa saya pada masa itu, untuk mengisytiharkan undang-undang tentera kerana peperangan sudah melarat pada masa itu,” katanya. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Amaran ribut hujan tertinggi dikeluarkan

    BEIJING, 23 APRIL - Lebih 100,000 orang telah dipindahkan akibat hujan lebat dan banjir yang membawa maut di selatan China, dengan kerajaan mengeluarkan amaran...