Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Marcos lantik setiausaha luar baharu

    MANILA, 1 JULAI – Presiden Filipina, Ferdinand Romualdez Marcos melantik diplomat kerjaya, Luis Enrique Manalo sebagai Setiausaha Luar yang baharu, hari ini.

    Sebelum pelantikan tersebut, Manalo, 69, merupakan wakil tetap Filipina ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Sebelumnya, beliau memegang jawatan sebagai setiausaha rendah bagi dasar di Jabatan Hal Ehwal Luar (DFA) dan juga memegang jawatan sebagai pemangku setiausaha luar semasa pentadbiran Duterte.

    Selepas bertugas bersama DFA sejak 1979, Manalo bertugas sebagai duta di pelbagai negara dan pertubuhan antarabangsa, termasuk Britain dan Kesatuan Eropah (EU).

    Dalam ucapannya bulan lalu, Marcos berikrar untuk memupuk hubungan Filipina-China yang ‘lebih erat dan mendalam’.

    Beliau juga berkata hubungan dengan China ‘sangat penting’ dan ‘menguntungkan untuk kedua-dua buah negara’ memandangkan China adalah ‘rakan rapatnya’ semasa pemulihan pandemik.

    “Kami tidak sabar untuk terus memupuk hubungan rapat ini. Menjadikannya lebih erat dan mendalam serta menguntungkan untuk kedua-dua buah negara,” kata Marcos, menambah bahawa beliau melihat masa depan hubungan Filipina-China ‘membangun dalam pelbagai hala’. – Xinhua

    Ferdinand Marcos Jr semasa menyampaikan ucapan pada majlis angkat sumpah, baru-baru ini. Presiden Filipina itu telah melantik Luis Enrique Manalo sebagai Setiausaha Luar yang baharu, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...