Tuesday, May 30, 2023
24.2 C
Brunei

    -

    MARDI bangunkan ladang bawang merah

    SERDANG, 3 JUN – Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) akan membangunkan ladang bawang merah di Bachok, Kelantan menggunakan varieti dihasilkan institusi itu, yang berkemampuan menghasilkan sembilan tan metrik bagi tiga musim penanaman dalam tempoh setahun.

    Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Mohamad Zabawi Abdul Ghani berkata MARDI telah menghasilkan lima varieti bawang merah iaitu iaitu SA01, SA02, SA03, SA05 dan SA08, dan perusahaan di Bachok itu yang akan bermula Julai ini menggunakan varieti SA02.

    Katanya, ladang bawang merah seluas sehektar di MARDI Bachok itu, akan menempatkan 220,000 pokok bawang dengan menggunakan teknik tanaman bebawang dan tuaian pertama dijangka pada September ini.

    “Varieti bawang merah ini sesuai dengan cuaca negara ini, selain boleh dapat hasil yang tinggi dengan gabungan pendekatan agronomi dan fisiologi,” katanya dalam sidang media mengenai projek penanaman bawang di ibu pejabat MARDI di sini, hari ini.

    Menurutnya, penanaman menggunakan bebawang mengambil masa 75 hari untuk mencapai tempoh matang, manakala penggunaan biji benih mengambil masa lebih tiga bulan atau 105 hari selain memerlukan cuaca panas terutama pada waktu penuaian. – Bernama

    Datuk Dr Mohamad Zabawi Abdul Ghani (kanan) menuai bawang merah di plot komersil penanaman bawang merah di MARDI selepas sidang media di MARDI kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Korea Utara akan lancar satelit pengintip tentera

    SEOUL, 30 MEI - Korea Utara berkata pada hari ini ia akan melancarkan satelit pengintip tentera pertamanya pada Jun dan menyifatkan peninjauan berasaskan angkasa...
    - Advertisment -