Mari menderma darah

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 JUN – Bersempena Hari Penderma Darah Sedunia 2022, Pusat Pendermaan Darah Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, Jabatan Perkhidmatan Makmal akan mengadakan beberapa kempen derma darah bulan ini, bermula esok.

Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan, kempen akan diadakan di Kompleks Membeli-belah Mabohai dari pukul 10 pagi hingga 3 petang esok.

Pada 14 Jun pula, kempen akan diadakan di Hotel Radisson, di sini dari 9 pagi hingga 11:30 pagi dan 1:30 petang hingga 3:30 petang, pada 15 Jun di Urbanlife, Rimba Point dari 10 pagi hingga 2 petang dan 18 Jun di McDonald’s Jerudong anjuran Brunei Gas Carrier dari 10 pagi hingga 4 petang.

Dalam pada itu, orang ramai juga boleh menderma darah di Pusat Pendermaan Darah atau di tabung-tabung darah berdekatan semasa waktu bekerja.

Orang ramai yang ingin menderma darah digalakkan untuk menempah slot derma darah melalui aplikasi BloodKad terlebih dahulu.