Wednesday, April 17, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Maria Farida akui pelakon sekarang kental

    Pelakon jelita, Maria Farida, 53, mengakui pelakon wanita masa kini kebanyakannya lebih kental berbanding pelakon dahulu.

    Katanya, disebabkan itu, pelakon wanita pada masa kini jarang menjadi mangsa gangguan seksual di set penggambaran.

    “Wanita masa kini kental. Lebih-lebih lagi artis. Bukan jenis lembik.

    “Saya tak rasa ada lelaki yang berani ambil kesempatan ke atas mereka.

    “Saya rasa mereka boleh jaga diri dengan baik,” katanya kepada media.

    Maria mengulas tentang isu gangguan seksual di set penggambaran filem dan drama.

    Dalam pada itu, pemilik nama sebenar Maria Farida Atienza ini berkata dia pernah terfikir untuk bersara daripada dunia lakonan pada 10 tahun lalu.

    Namun, dia masih melakukan kerja lakonan disebabkan tawaran dan permintaan dari penerbit dan pengarah.

    “Susah untuk katakan tidak. Saya lakukan sebab saya suka. Kerana itu saya pilih syarikat produksi yang saya kenal. Rakan pelakon yang juga kawan saya. Saya mahu buat benda ini untuk keseronokan.

    “Nak kata selama-lamanya, mungkin tidak. Saya ada perniagaan yang perlu diuruskan.

    “Bergantung kepada kelapangan. Kalau tak sibuk, saya akan buat (berlakon),” ujarnya. – Agensi

    Maria Farida mengakui pelakon wanita masa kini kebanyakannya lebih kental berbanding pelakon dahulu. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Iran tutup sementara kemudahan nuklear

    TEHRAN, 16 APRIL – Iran menutup sementara kemudahan nuklearnya atas ‘pertimbangan keselamatan’ susulan serangan peluru berpandu dan dron besar-besarannya ke atas Israel pada hujung...