Tuesday, October 15, 2024
28.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘Mariachi’ bunuh lima orang

    BANDARAYA MEXICO, 16 Sept – Lelaki bersenjata yang memakai pakaian seperti ahli muzik Mariachi melepaskan tembakan secara rambang di Plaza Garibaldi, Bandar Mexico, menyebabkan lima orang terkorban dan lapan yang lain cedera termasuk seorang warga asing, menurut pihak berkuasa penguatkuasaan undang-undang kelmarin. Pada kejadian tersebut, lima penyerang melepaskan tembakan secara rambang dengan menggunakan rifel dan pistol sebelum jam 10 malam waktu setempat di mana tempat itu dipenuhi dengan orang ramai yang meraikan Hari Kemerdekaan 16 September.

    Para penyiasat kemudian menjumpai 60 bekas peluru kosong di tempat kejadian.

    “Lima orang telah terkorban dalam kejadian di Plaza Garibaldi. Tiga orang lelaki maut di tempat kejadian dan dua wanita meninggal dunia di hospital,” menurut kenyataan pendakwa.

    Sekumpulan penyerang lari dari tempat kejadian dengan menggunakan tiga buah motosikal, menurutnya lagi.

    Perkarangan Plaza Garibaldi iaitu tempat ahli muzik Mariachi membunuh lima orang dan mencederakan sembilan yang lain. – AFP

    Muzik dan pesta diteruskan sehingga ketua keselamatan awam bandar, Raymundo Collins tiba di tempat kejadian, rakaman video telah disiarkan di televisyen.

    Collins menyifatkan serangan itu merupakan satu sasaran. Belum ada maklumat lanjut mengenai identiti mangsa warga asing.

    Para penyiasat belum memberikan motif tembakan itu tetapi mereka melaporkan bahawa dua daripada lelaki yang terbunuh itu pernah terlibat dengan rompakan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda