Mariah Carey nyaris tidak dikenali

SEBAGAIMANA dipetik dari laporan Dailymail, penyanyi berusia 47 tahun ini dilihat mengunjungi beberapa butik ketika berada di Barcelona, Sepanyol baru-baru ini. Bagaimanapun penampilannya ketika itu mencuri perhatian masyarakat setempat. Mana tidaknya, penyanyi lagu Dreamlover  ini kelihatan berisi.

Lucunya, hampir setiap mata yang memandang pada awalnya tidak perasan kelibat tersebut merupakan figura tersohor dunia kerana Mariah tidak memakai solekan dan membiarkan rambutnya disisir ke belakang.

Mariah memilih mengenakan baju berleher luas yang sangat nipis sehingga menampakkan baju dalamnya serta perutnya yang kelihatan buncit. Lebih pelik, padanan itu dipadukan dengan seluar legging hitam ketat menampakkan bentuk badannya kelihatan amat besar dari atas.

Mungkin menyedari apa yang digayakan pada hari itu seperti tidak kena, bekas isteri Nick Cannon ini menambah sejumlah aksesori seperti rantai, anting-anting dan kaca mata bagi memberi impak glamor.

Sambil menggalas tas tangan merah, Mariah memegang erat lengan pengawal peribadinya agar tidak jatuh.

Risiko itu setentunya wujud terutama apabila beliau mengenakan kasut yang cukup tinggi dan tidak sesuai dikenakan untuk aktiviti santai.

Kelibat Mariah hampir tidak dikenali kerana fesyennya menampakkan dirinya gemuk.
Kelibat Mariah hampir tidak dikenali kerana fesyennya menampakkan dirinya gemuk.