Marin ke separuh akhir Terbuka Thailand

BANGKOK, 22 JAN – Pemain pilihan kelima Sepanyol dan bekas pemain nombor satu dunia, Carolina Marin (gambar bawah) melangkah ke separuh akhir Terbuka Thailand hari ini selepas berjaya mengalahkan pemain dari Turki, Neslihan Yigit dengan 21-6, 21-15.

Pemain Sepanyol berusia 27 tahun itu, menduduki tempat keenam di dunia, sedang memburu gelaran berturut-turut dalam kejohanan minggu ini, kejohanan yang kedua dari tiga kejohanan yang diadakan berturut-turut di Bangkok sehingga Perlawanan Akhir Jelajah Dunia minggu depan.

Dia mengungguli kejohanan minggu lalu selepas menewaskan Tai Tzu-ying dan meneruskan aksi terbaiknya hari ini walaupun Yigit mendahului kembali di set kedua.

“Saya ingin terus melakukan yang terbaik, terus berjuang dan fokus pada apa yang perlu saya lakukan, bahkan ketika Yigit mendahului,” kata Marin.

Beliau kagum dengan pemain nombor ke-32 dunia, Yigit adalah satu-satunya pemain Turki yang mara ke suku akhir pada kejohanan Super 100.

“Saya berharap lebih ramai pemain Eropah bermain badminton sehingga ke tahap ini,” kata Marin.

Marin akan berhadapan menentang Korea Selatan An Se-young di separuh akhir, remaja yang hebat yang dianugerahkan ‘Pemain Paling Meningkat Naik’ pada tahun 2019. Mereka sudah bertanding dalam kejohanan minggu lalu, dengan Marin yang lebih berpengalaman menang dalam perlawanan 21-18, 21-16.

Pemain berusia 18 tahun, yang berada di kedudukan kesembilan di dunia, mengatakan bahawa dia perlu meningkatkan permainan mentalnya sebagai persiapan untuk perlawanan esok. – AFP