Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Maritim Labuan tahan bot tunda bersama nakhoda, lapan kru

    LABUAN, 14 FEB – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Zon Maritim Labuan menahan sebuah bot tunda bersama nakhoda dan lapan kru kerana kesalahan melakukan pemindahan air dari kapal ke kapal tanpa kebenaran di perairan Labuan di sini, petang semalam. 

    Pengarahnya Kapten Maritim Nudin Jusoh berkata semasa rondaan pada pukul 1 tengah hari, pihaknya telah mengesan sebuah bot tunda berhimpit dengan kapal tangki di kedudukan 0.3 batu nautika dari Labuan. 

    “Berikutan aktiviti mencurigakan itu, pemeriksaan dilakukan dan kami mendapati nakhoda kapal warga India bersama lapan kru, iaitu dua warga tempatan dan enam warga Indonesia sedang melakukan aktiviti memindahkan air dari kapal ke kapal tanpa kebenaran daripada pengarah Jabatan Laut Malaysia,” katanya dalam kenyataan kepada Bernama hari ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...