Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Mark teringin jadi villain

    Pengalaman menjadi penyampai stesen radio selama enam bulan pada tahun lalu cukup dihargai pelakon dan penyanyi, Mark Adam.

    Namun, Mark atau nama penuhnya, Fikri Mark Adam Abdullah, 42, setakat ini belum ditawarkan kembali ke konti daripada mana-mana stesen radio dan cukup berminat andai mana-mana pihak mengajukan peluang itu.

    Baginya, menjadi deejay radio adalah antara cara berkesan bagi meningkatkan penguasaan bahasa Melayu.

    Tahun lalu, iaitu antara Februari hingga Jun, Mark menjadi antara penyampai slot Geng Pagi Hot.

    Sementara itu, mengulas mengenai drama terbaru lakonannya, Guard Komando yang akan disiarkan di kaca televisyen, Mark yang memegang watak Mansur, gembira dapat bekerjasama dengan pelawak otai, Shamsul Ghau Ghau dan pelakon popular, Fendy Bakry.

    Mark teruja untuk mencuba melakonkan watak penjahat jika diberikan kesempatan untuk merealisasikan impiannya sebelum ini . – Agensi

    “Ini kali pertama saya berlakon dengan Fendy. Saya teruja sampai kena sorokkan wajah gembira untuk berlakon.

    “Dapat pula berlakon dengan Shamsul, saya teruja dapat belajar macam-macam ilmu. Shamsul pelakon otai. Apabila adegan lawak, dia sangat kelakar dan apabila sedih, jadi hiba,” katanya.

    Ditanya sama ada mahu menjayakan naskhah serius, Mark sangat menantikan peluang itu.

    “Baru-baru ini, saya ada jayakan drama dalam slot Akasia iaitu Bisik-Bisik Gelora. Kita tahu, apabila drama itu ditayangkan di slot Akasia, ia dilihat sebagi sebuah drama berat.

    “Melalui drama itu, saya cuba jayakan adegan serius. Namun, masalahnya, apabila saya buat adegan serius, pengarah gelak. Bila pengarah ketawa, saya senyum.

    “Namun, saya masih boleh belajar untuk membawa watak serius. Saya pernah beritahu kawan-kawan sebelum ini bahawa impian saya adalah untuk menghidupkan watak villain atau penjahat. Itu merupakan suatu perkara yang saya mahu cuba,” kata-nya. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...