Wednesday, April 17, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Market Day IBTE tawar peluang pekerjaan

    Oleh Yusrin Junaidi
    Gambar oleh IBTE

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 MEI – Lebih 400 peluang pekerjaan telah ditawarkan oleh 26 buah syarikat yang menyertai Market Day 2022 yang dianjurkan oleh Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE), di Hotel Wafa, Jalan Gadong, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat dan merasmikan acara yang dikendalikan oleh Unit Bimbingan Kerjaya IBTE, di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar itu ialah Timbalan Menteri Pendidikan, Datin Seri Paduka Dr Hajah Romaizah binti Haji Mohd Salleh.

    Acara berkenaan bertujuan untuk menyediakan platform mendapat pekerjaan kepada para graduan IBTE yang sedang mencari pekerjaan setaraf dengan kelayakan mereka.

    Dikhususkan untuk graduan IBTE 2019 hingga 2021, acara tersebut juga memudahkan proses di mana syarikat boleh mendapatkan tenaga manusia yang relevan untuk tenaga kerja mereka dan membantu mengukuhkan hubungan antara industri dan IBTE.

    Antara syarikat yang menyertainya adalah Freshco, Jati Transport Sdn Bhd, Jerudong Park & Country Club Sdn Bhd, Mashhor General Contractor, Megalift Sdn Bhd, MKJ Technical Services Sdn Bhd, Power Teck Engineering Sdn Bhd, Serikandi Oilfield Services Sdn Bhd, Tech Green Global, Tendrill Sdn Bhd, TSK Sdn Bhd, Western Foods & Packaging Sdn Bhd, Wisegeneration Trading Company, Zainaldaud Sdn Bhd, NBT (Brunei) Sdn Bhd, PTAS Aker Solutions Sdn Bhd, Elnemr Sdn Bhd, The Empire Brunei dan JobCentre Brunei.

    Pengarah Pendidikan Tek-nik selaku Ketua Pegawai Eksekutif IBTE, Dr Haji Mohd Zamri bin Haji Sabli berkata, IBTE terus komited bagi memastikan program-program yang dijalankan oleh institut berkenaan sentiasa relevan dan memenuhi kehendak pihak industri.

    Dalam hubungan ini pihak IBTE telah dan akan terus menjalinkan kerjasama dengan pihak yang berkepentingan seperti Manpower Industry Steering Committee (MISC) dan pihak industri bagi memastikan para pelajar IBTE adalah marketable dan employable.

    Untuk itu, tambah beliau, IBTE telah menetapkan indikator yang berkaitan sebagai sukat-sukat dan kayu pengukur kejayaan IBTE sebagai petunjuk prestasi utama iaitu kadar kebolehpekerjaan (employment rate) para graduan IBTE setelah menamatkan pengajian mereka.

    Menurut beliau lagi, Market Day itu adalah satu inisiatif yang sangat berguna kepada alumni IBTE bagi mereka dapat mempersiapkan diri untuk memasuki alam pekerjaan dengan hasrat untuk menyediakan satu platform kepada majikan agar bertemu dengan para pencari kerja daripada kalangan alumni IBTE yang bersesuaian serta berpotensi dalam mengisi kekosongan jawatan di syarikat swasta.

    Datin Seri Paduka Dr Hajah Romaizah semasa membuat lawatan ke petak-petak syarikat yang menyertai acara tersebut.
    Datin Seri Paduka Dr Hajah Romaizah semasa menghadiri majlis perasmian tersebut.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Iran tutup sementara kemudahan nuklear

    TEHRAN, 16 APRIL – Iran menutup sementara kemudahan nuklearnya atas ‘pertimbangan keselamatan’ susulan serangan peluru berpandu dan dron besar-besarannya ke atas Israel pada hujung...