Marotta ‘ubah’ Inter Milan

MILAN, 25 Dis – Ketua Pegawai Eksekutif Inter Milan yang baharu, Gluseppe Marotta melakukan perubahan ke atas Inter Milan yang dilanda krisis dengan penyingkiran pemain Belgium Radja Nainggolan yang digantung daripada bermain atas alasan disiplin oleh kelab itu menjelang persaingan Serie A menentang Napoli, esok.

Marotta tiba dari Juventus bulan lalu di kelab Itali, yang mana pemiliknya merupakan warga China selepas tempoh lapan tahun di mana skuad gergasi Turin itu telah tujuh kali memenangi gelaran Serie A dan empat piala Itali.

Marotta, 61 tahun, berhasrat untuk mengundur masa itu bagi Inter, dekad terbaiknya yang memuncak dengan tiga kemenangan dalam Liga Juara-juara, Serie A dan Piala Itali di bawah kendalian Jose Mourinho pada 2010 dan kemudian diikuti dengan pengalaman paling teruk.

Nainggolan digantung daripada beraksi selepas sekali lagi muncul lewat semasa menjalani latihan Ahad lalu selepas keputusan yang mematahkan semangat apabila seri 1-1 dengan pasukan yang berada di kedudukan paling bawah, Chievo.

Pemain berusia 30 tahun itu juga pernah digugurkan daripada kelab sebelumnya, Roma pada Januari lalu selepas menghantar video ke Instagram yang memperlihatkan dirinya sedang minum, merokok dan mengeluarkan kata-kata kesat pada satu pesta sempena Sambutan Tahun Baharu.

Pemain Belgium itu menyertai Inter musim panas lalu untuk bekerjasama dengan bekas jurulatih Roma, Luciano Spalletti.

Namun dia telah mengundang kemarahan pihak pengurusan kelab itu bukan saja kerana gaya hidupnya yang suka berparti tetapi juga sikap ambil lewanya pada psikoterapi ketika dia dalam proses pemulihan daripada kecederaan.

Spalletti mengetepikan kritikan sebelum perlawanan Chievo yang mana pemain Belgium itu diturunkan awal tetapi kemudian digantikan sebelum jaringan gol penyamaan.

Spalletti berkata sebelum permainan “Saya hanya dapat mengatakan bagaimana dia menghabiskan minggu ini di padang. Dia berlatih dengan baik. Yang lainnya bukanlah perkara yang membimbangkan saya.” – AFP

Gambar fail bertarikh 30 Ogos lalu menunjukkan Gluseppe Marotta ketika tiba bagi pengundian Liga Juara-juara UEFA di Grimaldi Forum, Monaco. – AP