Marquez intai kemenangan kelapan di Sachsenring

PARIS, 30 Jun – Sebelas mata tipis memisahkan peneraju Andrea Dovizioso daripada jaguh dunia mempertahankan kejuaraannya, Marc Marquez yang menduduki tempat keempat dengan rekod hebat di litar Sachsenring apabila musim Moto GP memasuki tahap separuh jalan di Jerman Ahad ini.

Marquez, dari Sepanyol perlahan-lahan merangsang semula pertahanannya selepas gigih berjuang awal musim dengan motosikal Honda dan telah menang di Sachsenring dalam tujuh kemunculan terakhirnya di seluruh tiga kelas perlumbaan.

Menceriakan perlumbaan bagi mahkota kelas teratas ialah dua pelumba Yamaha Maverick Vinalies, di tempat kedua yang empat mata di belakang Dovizioso dan jaguh sembilan kali berusia 38 tahun, Valentino Rossi di tempat ketiga musim ini di Assen sebelum ini. – AFP