JEREZ DE LA FRONTERA, SEPANYOL, 24 JULAI – Juara dunia MotoGP, Marc Marquez dalam satu kenyataan diumumkan layak untuk bertanding di perlumbaan Grand Prix Andalucia hujung minggu ini hanya 48 jam setlepas menjalani pembedahan kerana patah lengan, umum pasukan Honda kelmarin.
“Sedia untuk menunggang,” kata Honda di Twitter, di samping gambar penunggang Sepanyol yang memberikan isyarat tanda bagus setelah dia menjalani pembedahan di litar Jerez.
Juara dunia elit enam kali itu dijangka tidak akan kembali sehingga Grand Prix Czech pada bulan Ogos.
Tetapi pemain berusia 27 tahun itu menolak kemungkinan di mana dia tidak memberikan peluang untuk merebut kedudukan awal dalam perlumbaan gelaran musim yang singkat akibat COVID-19.
Marquez kembali ke tempat kemalangan di litar Grand Prix Sepanyol, perlumbaan pembukaan pada Ahad lalu di Barcelona di mana pada hari Selasa dia menjalani pembedahan untuk memasukkan plat titanium ke lengan kanannya.
Juga diberi lampu hijau untuk kembali merebut perlumbaan pusingan kedua kejuaraan adalah dua mangsa kemalangan lain pada hujung minggu lalu, Cal Crutchlow dari LCR-Honda, yang memerlukan pembedahan di pergelangan tangan kirinya, dan Alex Rins.
Pelumba Yamaha Perancis, Fabio Quartararo menduduki tangga teratas setelah meraih kemenangan
MotoGP pertamanya dalam perlumbaan pembuka tirai yang ditunda hujung minggu lalu. – AFP


































