Marquez rangkul gelaran ketujuh MotoGP Amerika

AUSTIN, 4 OKT – Marc Marquez meneruskan penguasaannya di lumba semalam apabila menjuarai saingan MotoGP Amerika buat kali ketujuh.

Marquez memulakan perlumbaan di petak ketiga, terus memecut ke depan dari awal perlumbaan dan terus mendominasi perlumbaan mengatasi pendahulu kejuaraan ketika ini, Fabio Quartararo dari Perancis.

Marquez langsung tidak membenarkan Quartararo untuk memintas namun pelumba Yamaha itu berjaya melebarkan kejuaraan ini dengan 52 mata mengatasi pelumba Ducati, Francesco Bagnaia yang menamatkan saingan di kedudukan ketiga.

Dengan kejuaraan yang hanya berbaki tiga perlumbaan musim ini dan 25 mata ditawarkan kepada juara, Quartararo semakin hampir untuk muncul juara dunia MotoGP yang pertama dalam kariernya.

“Semua rancangan berjalan seperti yang saya kehendaki di dalam perlumbaan,” kata Marquez, juara dunia enam kali yang memenangi enam perlumbaan pertama di litar Austin, Texas sebelum terjatuh ketika mendahului perlumbaan pada 2019.

Marc Marquez dari Sepanyol semasa meraikan kemenangannya di MotoGP Amerika di Litar Amerika, kelmarin, di Austin, Texas. – AP

Acara itu dibatalkan musim lalu ketika dia pulih setelah patah tangan kanannya dalam kemalangan dan permulaan barisan depannya adalah yang pertama sejak kembali ke sukan ini.

“Semua bermula dengan baik di selekoh pertama, perlahan di dua pusingan pertama kemudian apabila tayar mula serasi dan mencengkam saya terus memecut ,” kata pelumba Honda itu.

Marquez berada dua saat di depan Quartararo yang melintasi garisan penamat lewat 4.679 saat.

Bagnaia, bermula dari petak utama buat kali ketiga berturut-turut, merampas penamat podium selepas Jorge Martin yang berada di kedudukan ketiga dikenakan penalti kerana mengambil jalan pintas di dua selekoh.

Quartararo berpeluang menjadi pelumba Perancis pertama menjadi juara dunia MotoGP pada perlumbaan seterusnya di Misano, Itali 24 Oktober ini.

“Bagus sekali!,” kata Quartararo, 22 tahun.

“Secara fizikalnya sangat sukar tetapi sangat bagus untuk melihat hasil kami dan berada di hadapan ‘Pecco’ (Bagnaia). Saya sangat gembira dapat meningkatkan kelebihan saya.” – AFP