Thursday, February 13, 2025
27 C
Brunei

    Berita Terkini

    Marquez sambar petak pertama

    TERMAS DE RÍO HONDO, Argentina, 9 April – Juara dunia, Marc Marquez meraih petak pertama bagi perlumbaan Moto GP Argentina apabila pelumba dari Sepanyol itu mendominasi cuaca hujan di Termas de Rio Hondo.

    Pelumba pasukan Honda itu mengatasi asakan pelumba Republik Czech dan Ducati, Karel Abraham yang mencipta kejutan selepas melakukan masa kedua terpantas manakala pelumba Britain, Cal Crutchlow melengkapkan barisan depan.

    “Ketika kelayakan, keadaan tidak begitu bagus dengan corak tunggangan saya kerana ia setengah basah dan setengah kering namun kami berjaya mengatasinya.

    “Kami cuba melakukan pusingan terbaik dan kemudian meraih petak utama,” kata Marquez yang muncul pelumba tunggal melakukan catatan bawah 1 minit 48 saat (s). “Saya gembira untuk memulakan perlumbaan di barisan depan esok.

    “Mereka menjangkakan ia akan berlangsung dalam keadaan kering, jadi ketika perlumbaan ia akan menjadi cerita yang berbeza, namun kami akan mencari jalan untuk bertarung menaiki podium,” katanya.

    Ketika perlumbaan itu berlangsung dalam cuaca hujan. – AFP
    Ketika perlumbaan itu berlangsung dalam cuaca hujan. – AFP

    Keadaan jelas tidak begitu memihak pendahulu kejuaraan dari Yamaha, Maverick Vinales yang memenangi perlumbaan pembukaan di Qatar apabila sekadar mencatatkan masa keenam terpantas.

    Catatan yang dilakukannya kurang 1.706s di belakang juara dunia lima kali, Marquez.

    “Saya tidak kecewa. Kami bergelut sedikit dengan cengkaman di bahagian belakang dan saya tidak tahu mengapa. Saya merasa sesuatu yang pelik ketika keadaan basah, sesuatu yang amat berbeza berbanding ketika kering, jadi kami perlu menganalisanya,” kata Vinales. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda