Marseille dambakan sentuhan Arkadiusz Milik

MARSEILLE, 22 JAN – Marseille telah menandatangani penyerang Poland, Arkadiusz Milik dengan pinjaman selama 18 bulan dari Napoli dengan pilihan untuk membelinya, kelab Ligue 1 mengumumkan kelmarin.

Pemain berusia 26 tahun itu tidak pernah beraksi untuk Napoli musim ini dan menyertai Marseille yang masih memburu gelaran. Laporan media di Perancis memberitahu Marseille dapat memilih untuk membelinya berjumlah lapan juta euro (AS$9.7 juta) serta bonus empat juta euro. Milik sebelum ini menyertai Napoli dari Ajax pada 2016 dan telah menjaringkan 48 gol dalam semua pertandingan untuk pasukan Serie A.

Tiga perlawanan tanpa kemenangan menjadikan Marseille berada di tangga keenam di Ligue 1, 10 mata di belakang pendahulu liga Paris Saint-Germain (PSG) dan Lille di tempat kedua.

Jurulatih Andre Villas-Boas mengalami tekanan yang semakin meningkat dan mengatakan dia akan meninggalkan kelab jika diminta oleh lembaga kelab berikutan kekalahan 1-0 di Lens. – AFP