Marseille pecahkan rekod terburuk

MARSEILLE, 26 NOV – Marseille memecahkan rekod yang paling buruk apabila mengalami kekalahan ke-13 berturut-turut dalam saingan Liga Juara-Juara selepas tewas kepada Porto 0-2 semalam.

Kelab Perancis yang memenangi edisi sulung Liga Juara-Juara pada 1993 kini melepasi rekod sebelumnya sebanyak 12 kekalahan berturut-turut yang dipegang pasukan Belgium, Anderlecht di antara 2003 dan 2005.

Porto yang meminjam pemain tengah Liverpool, Marko Grujic dilayangkan kad merah namun masih berkeupayaan untuk menang 2-0.

Pemain pertahanan Marseille, Leonardo Balerdi memberikan sepakan penalti turut diarah keluar padang selepas menerima kad kuning kedua.

Sergio Oliveira menyempurnakan sepakan penalti buat kelab Portugal itu dan semakin hampir memimpin Manchester City di Kumpulan C untuk peringkat seterusnya dengan saingan masih berbaki dua perlawanan.

Kekalahan itu menyaksikan pasukan Andre Villas-Boas yang gagal meraih sebarang mata tersingkir daripada perlawanan selepas mengalami kekalahan keempat musim ini namun masih boleh bersaing untuk perebutan tempat ketiga dan menyelamatkan tempat ke pusingan kalah mati Liga Europa. – AFP