Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Marseille sedia rebut gelaran Liga Juara-Juara

    PARIS, 9 MEI – Marseille merampas kembali tempat kedua carta Ligue 1 kelmarin dengan kemenangan 3-0 di Lorient yang meletakkan mereka di landasan kukuh untuk layak ke Liga Juara-Juara musim depan.

    Skuad kendalian Jorge Sampaoli dinafikan tempat ke pusingan akhir Liga Konferensi Europa selepas dikecewakan Feyenoord Khamis lalu, tetapi mereka mengintai tiket terus ke peringkat kumpulan Liga Juara-Juara musim depan selepas mempunyai kelebihan tiga mata ke atas Monaco.

    Gol daripada Bamba Dieng, Matteo Guendouzi dan Gerson memberikan Marseille kemenangan mudah di Brittany.

    Ketika Marseille kelihatan bersedia untuk kembali ke Liga Juara-Juara, Bordeaux yang gemilang sebelum ini semakin hampir ke penyingkiran selepas tumbang 4-1 di Angers.

    Jika Saint-Etienne, yang mempunyai empat mata lebih daripada Bordeaux, menang di Nice pada Rabu nanti, maka tempoh 30 tahun kelab pantai barat itu di liga teratas akan berakhir. – AFP

    Reakasi pemain tengah Marseille, Matteo Guendouzi meraikan kejayaan selepas menjaringkan gol bagi Olympique de Marseille kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...