Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Marshanda bengang ayah jadi mangsa pukul

    Nama Marshanda kini menjadi perbualan hangat semenjak pendedahannya mengidap penyakit kanser payudara dan bipolar.

    Sekali lagi Marshanda diduga apabila bapanya menjadi mangsa pukul dan kecaman kerana dituduh menipu tentang anaknya.

    “Sejujurnya semua yang pernah memperlekehkan papa, yang pukul papa dekat kedai masa papa datang kedai kerana fikir dia tipu mengatakan saya ni anaknya.

    “Untuk anda semua yang pernah merendah-rendahkan papa saya dan menganggap dia jahat, saya tahu dia telah melakukan banyak kesilapan dalam hidupnya.

    “Dulu dia pernah sakitkan hati mak saya, saya tahu. Tapi korang yang cakap papa saya jahat, korang tak ada hak nak cakap macam tu. Awda lalui neraka awda sendiri, awda belum tahu.

    “Itu sahaja yang saya nak cakap, hati-hati bila cakap orang jahat, baiki diri sendiri dulu,” katanya. Sebelum ini, perkongsian Marshanda dalam laman Instagram mengundang kecaman warganet yang memintanya untuk bersolat dan berdoa daripada berjoget seumpama itu.

    Segelintir warganet membela aktres itu yang menganggap ibu tunggal itu berhak melakukan perkara yang memberi ketenangan kepadanya. Dalam pada itu, Marshanda memberitahu dia tidak akan menuntut permohonan maaf tapi mendoakan agar Allah memberi pengajaran kepada yang mengutuk ibu bapanya. – Agensi

    Marshanda terkilan bapa dituduh penipu. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...