Monday, October 2, 2023
22.6 C
Brunei

    -

    Marshanda trauma dengan lelaki

    Pelakon Indonesia Marshanda pernah taksub dengan lelaki yang menjadi kekasih atau suaminya sehingga sanggup melakukan apa sahaja agar mereka gembira.

    Bagaimanapun katanya, sikap itu bukan hanya menyebabkan ramai mengambil kesempatan tetapi membuatkan dia trauma sehingga kini lebih senang hidup bersendirian.

    “Dulu saya seorang yang setia dan mudah cemburu terhadap pasangan jika dia keluar bersama wanita lain malah sanggup melakukan apa sahaja.

    “Tetapi perkara itu memakan diri sehingga saya jadi serik dan trauma dengan lelaki. Semua kebaikan saya selama ini sia-sia,” katanya.

    Pelakon Benci Bilang Cinta itu turut memberitahu dia kini tidak mempunyai masa mencari pasangan kerana sibuk menjaga anak dan lebih mengutamakan karier sebagai pelakon.

    “Selepas pengalaman buruk itu, saya belajar untuk tidak bersikap obses terhadap lelaki sehingga memakan diri.

    “Sekarang saya lebih menghargai diri, sibukkan diri dengan kerja dan menjaga anak saya,” katanya.

    Marshanda pernah berkahwin dengan Ben Kasyafani pada 2014 namun mereka bercerai empat tahun kemudian.

    Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Sienna Ameerah Kasyafani yang kini berusia sembilan tahun. – Agensi

    Marshanda memberitahu tidak mempunyai masa mencari pasangan kerana sibuk menjaga anak dan lebih mengutamakan karier. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Ikan paus langgar bot, 1 maut, 1 cedera  

    SYDNEY, 1 OKT - Seorang lelaki maut dan seorang lagi cedera selepas seekor ikan paus melanggar sebuah bot di luar pantai timur Australia, kelmarin,...

    Singa baham tuan