Sunday, March 23, 2025
28.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Martial cergas hadapi Palace

    MANCHESTER, 29 Sept – Anthony Martial kemungkinan besar cergas bagi perlawanan gelanggang sendiri antara Manchester United menentang Crystal Palace Sabtu ini, meskipun kelihatannya mengalami kecederaan ringan dalam aksi Liga Juara-Juara baru-baru ini.

    Martial hebat dalam kemenangan 4-1 United di CSKA Moscow dalam aksi Liga Juara-Juara kelmarin, menjaringkan satu penalti dan mencipta dua umpanan gol untuk Romelu Lukaku.

    Penyerang Perancis itu gagal menamatkan perlawanan, dengan Marcus Rashford menggantikannya pada minit ke-72, tetapi kelab telah membuat laporan bahawa perubahan itu adalah sebagai langkah waspada.

    “Ia agak malang dia tidak dapat bermain 90 minit kerana saya sudah bersedia untuk membiarkannya bermain sepanjang perlawanan,” kata pengurus United, Jose Mourinho.

    Mourinho berharap Martial dapat beraksi menentang Palace, terutamanya dengan masalah kecederaan bermula bertambah di bahagian lain.

    Penyerang Man United, Anthony Martial (kanan) bersaing merebut bola dengan pemain CSKA dalam aksi Kumpulan A Liga Juara-Juara di Moscow. Martial dijangka kembali cergas menjelang perlawanan menentang Palace. – AP

    Pemain tengah Paul Pogba, Marouane Fellaino dan Michael Carrick kesemuanya diketepikan daripada kunjungan ke Rusia kerana cedera, begitu juga pemain pertahanan Phil Jones dan Antonio Valencia.

    Pemain tengah Perancis, Pogba, belum beraksi sejak mengalami kecederaan hamstring kemenangan perlawanan pembukaan Liga Juara-Juara menentang Basel pada 12 September, sementara Fellaini mengalami masalah buku lali ketika kemenangan 1-0 di Southampton.

    Carrick, Jones dan Valencia tidak mempunyai kecederaan khusus, dan Mourinho masih belum pasti jika antara mereka akan cergas untuk berdepan Palace.

    “Saya fikir Carrick tidak mempunyai peluang,” kata Mourinho.

    “Saya fikir Jones, saya mempunyai banyak keraguan, dan Fellaino, ada harapan tetapi sedikit.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda