Friday, August 19, 2022
30.5 C
Brunei

Martim S’wak tahan bot nelayan Vietnam

-

KUCHING, 26 OGOS – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Sarawak menahan sebuah bot nelayan Vietnam yang disyaki melakukan aktiviti menangkap ikan di perairan negara pada kedudukan 250 batu nautika dari Tanjung Po di sini Isnin lepas.

Pengarahnya Laksamana Pertama Maritim Zin Azman Md Yunus berkata bot itu ditahan oleh kapal peronda KM Bijak yang sedang melakukan pemantauan dan rondaan rutin pada 6.30 pagi.

“KM Bijak mengesan sebuah bot mencurigakan yang menggunakan nombor pendaftaran tempatan namun berdasarkan struktur fizikal bot tersebut, ia disyaki bot nelayan Vietnam dan berjaya ditahan selepas cuba lari,”menurutnya dalam kenyataan hari ini. – Bernama

- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Darurat banjir di wilayah pulau selatan New Zealand

WELLINGTON, 18 OGOS – Wilayah Pantai Barat dan Nelson-Tasman di Pulau Selatan New Zealand dilanda hujan lebat dan banjir. Darurat tempatan masih kekal di kawasan...
- Advertisment -